Friday, January 14, 2011

ada apa dgn C.I.N.T.A?

salam alaik sume..
lme x conteng2 kat e-diary nie kn?.huhuhu..
agak bz..yeke?.a little bit la..sje2 je menyibukkn dri sbnrnya..hehehe..

cth pling dkt ialah pg td..sy pi join klas bhs mndarin n tamil anjuran budak2 nursing..
sbnrnya ikut cdgn kwn alih2 dia xjd pi..tp sy ttp pi..knp?.ade la sbbnya ye..hehe..
best r ckgu yg duk mgajar bhs mndarin tu..tp die ajar cmne nak treat patient yg smmgnya sdh terang lg berspotlight tuk bdk2 nursing je..sy?.bdk opto?.lyan jela...hehee..n ckgu tu mmg lctrer bdk2 nursing..so mmg ptot la kn..sy je yg tersesat..hua3..
so sy amik kputusan tuk blik..x smpat blaja bhs tamil..mmg xminat pon sbnrnya bhs tamil nie..hehehe..

smlm pi dgr talk sal let's get married..n bdk2 uia..klau sbut je sal cinta dlm tjuk ssebuah talk..konfem penuh satu dewan n smpai xckup kerusi..hihihi..
ustaz tu ckn klau nk kwin tu kna ade tujuan..seelok2nya kta kna ade destination which is syurga, right?.
dan biarlah isteri or suami prtama masing2 ialah Islam..so bila kedua2 dh fhm nk cpai ape dlm ssebuah perkahwinan tu..i.Allah akan diberkati Allah sentiasa..ustaz tu ade cite cmne die jumpe isteri dia..subhanallah mmg indah pertemuan dieorg..sgguh cntik susunan perjalanan yg ditentukn Allah..^_^
moga sy juga begitu..amin..hehe..

ok2..nie ade trjumpa kata2 sal cinta..so sweet n amat mendalam mksudnya...



1.      Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika
2.      Cinta sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan
3.      Hati dan jantung manusia itu habis dan kering kasih sayangnya, dia akan merupakan kaca yang pecah yang tidak mungkin akan bertaut kembali
4.      Tiada kisah yang teramat manis dari kisah cinta, tiada kisah yang amat ngeri dari putus cinta
5.      Cinta dan kasih sayang bukanlah sesuatu yang kekal abadi pada seseorang. Ia bukan sahaja boleh tumbuh subur, tetapi juga boleh layu sebelum berkembang
6.      Cinta adalah kehidupan bagi seorang wanita, tetapi merupakan sebahagian babak kehidupan seorang lelaki
7.      Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula menyia-nyiakan orang yang mencintaimu kerana itu berbahaya
8.      Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat
9.      Cinta laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci cuma tanah yang berlainan menerimanya
10.  Cinta seperti ombak dan manusia seperti pantai. Kemana juga larinya pantai, akan tetap juga disentuh ombak. Indah atau tidaknya pantai itu bergantung kepada keras atau lembutnya ombak yang melanda
11.  Lemparkan sesorang yang bahagia dalam cinta ke dalam laut, nescaya dia akan timbul dan membawa seekor ikan. Letakkan pula seseorang yang derita dalam cinta ke dalam gudang roti, nescaya dia akan mati kelaparan

Thursday, January 13, 2011

anda di mata orang lain...


 salam alaik sume..

Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,
“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.
OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.
 
“Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.
Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.