Tuesday, December 21, 2010

hIkMah pUtuS CINTA

salam alaik sume....



Anda rasa geram saat diputuskan? Rasa nak menangis tanpa henti? On Cinta ke 32229. Ceh tak adalah. Kita selalu bersikap sangat emosional semasa melalui hari-hari yang sukar dalam hidup kita. Termasuk putus cinta.




Cinta nie memberi mcm2 xperience in our life. Hati manusia yang mudah berubah, mudah menyakiti, mudah disakiti. Perkara pertama anda perlu buat ialah bersifat positif! =D cewah. Tahu tak kenapa Allah memutuskan? 





Kerana Allah nak gantikan yang lebih baik dari yang kita ada sekarang ini. Yang dolu2 tu tak berapa baik untuk kita, untuk masa depan kita, untuk diri sendiri. Allah tahu yang terbaik. Berkali-kali saya pesan kepada diri sendiri (tapi tak reti-reti jugak T____T) dan anda-anda semua.












Keupayaan kita, akal kita terbatas tidak boleh dibandingkan dengan ilmu dari-Nya. Pengetahuannya Maha luas. Sungguh setiap satu peristiwa itu ada dalam pengetahuan-Nya. Peristiwa semalam, kini dan akan datang hanya Dia yang tahu, dan kita tidak. Hatta daun yang akan gugur ke tanah pun Allah tahu. Semut yang hitam di atas batu-batu pun Allah tahu, Allah dengar. Tidak ada sesuatu yang Allah tidak tahu. DIA MAHA MENGETAHUI.







Sekali lagi, penegasan di sini, Hakikat Allah memutuskan cinta kita sesama manusia adalah untuk menyambungkan cinta kita kepada-Nya. Awalnya amat perit, amat sedih, amat payah untuk diharungi, tetapi percayalah di pengakhirannya akan kita temui manisnya.Waktu tu kita tersentak, owh, rupanya Allah gantikan yang lebih baik dari kekasih dulu, owh beruntung tak jadi dengan dia dulu, suara-suara ini yang akan kita dengar bila kita dah menemui seseorang yang benar-benar diciptakan untuk kita~






Tak perlu bersusah payah tentang jodoh, bila mana kita mencintai Allah, automatik cinta itu akan membawa kepada cinta orang-orang yang soleh. =)

link 

2 comments:

  1. btol tu mena..igt tu..ad sbb Allah memutuskan..so don cry over it! huhuU =)

    ReplyDelete
  2. hehehe..dop2 nangis eh..epy je sokmo..sabar dlm penantian..huhu..^_^

    ReplyDelete