salam sume~
Memang tipula kalau ada yang kata tak pernah kan. hehehe.Ble tgh2 mlm mcm skrg nie lg la kn.. Tapi tahukah kenapa kita menguap? Adab ketika menguap pula bagaimana?
Memang tipula kalau ada yang kata tak pernah kan. hehehe.Ble tgh2 mlm mcm skrg nie lg la kn.. Tapi tahukah kenapa kita menguap? Adab ketika menguap pula bagaimana?
Kenapa kita menguap?
Berdasarkan maklumat yang jumpa, kita menguap kerana kandungan oksigen di daam paru-paru kita berkurang. Di dalam peparu terdapat satu organ yang dinamakan sebagai alveoli atau dengan nama lain adalah kantung udara.
Alveoli ni berfungsi sebagai pengalir oksigen ke dalam darah dan menyedut karbondioksida untuk dilepaskan ke luar badan. Jika alveoli ini tidak mendapat udara segar, ia akan kempis dan paru-paru akan mengeras.
Pada ketika inilah otak akan mengarahkan mulut untuk menguap dan menarik udara (oksigen) secukupnya untuk diserapkan ke dalam sel-sel darah merah (hemoglobin) di dalam badan dan organ-organ lain yang memerlukan oksigen.
Antara sebab lain adalah disebabkan badan kita atau otak yang terlalu penat, menyebabkan anggota badan kita tidak cukup oksigen untuk menjalankan proses dengan sempurna. Disebabkan itu lah kita menguap. Tapi kalau dah penat, seeloknya rehatkan diri buat seketika. Tapi pastikan masa rehat kita berkualiti.
Berkualiti disini biarlah tiada gangguan bagi memulihkan anggota badan kita rehat secukupnya untuk beroperasi dan badan kita dapat kumpulkan oksigen secukupnya untuk kita bekerja seperti biasa.
Menguap juga mempunyai adab, jangan main menguap je macam nak makan orang. Kalau yang mulut berbau tu lagi la kan. Silap-silap semua member bau wangian asli dari mulut kita kan.
Jadi, bagi menampakkan kita beradab, tutuplah mulut semasa menguap.
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said-Khudri, katanya telah bersabda Rasullah S.A.W yang maksudnya :
Apabila seseorang itu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka.
Kebanyakkan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan dimulut ketika menguap, sama ada didalam sembahyang ataupun diluarnya.
Makruh juga jika mengeluarkan suara ketika menguap Ibnu Asunni telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a, katanya telah bersabda Rasullah s.a.w makksudnya :
Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mereka mengangkat suara (mengeluarkan suara) ketika menguap dan bersin.p/s: 2 minggu di uia trase amat hectic skali..trase nk stopkn wktu sekejap je..hehe..tp taw perkara tu mustahil..nk tido dlu..setiap hari amt memenatkn..zzzZZZ
No comments:
Post a Comment