Showing posts with label kongsi2. Show all posts
Showing posts with label kongsi2. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

TANGKAP IKAN...

salam sume~
tetibe rajin plak arini..kui3..
dicopt paste..(x engt dr mne) tuk panduan dri sendri n others..i.Allah..^_^
………………………………………………………………………………………………………………………….
Pada suatu hari, seorang pemuda Yahudi telah mengajak seorang
rakannya yang Muslim untuk pergi menangkap ikan di sungai dengan
menaiki sebuah sampan.
“Wahai rakanku, mari kita bertanding pada hari ini, siapakah yang
mendapat hasil tangkapan yang lebih besar!”
cabar pemuda Yahudi tadi kepada rakan Muslimnya.
“Baiklah.. Aku kira, lebih sekiranya kau yang mulakan terlebih dahulu..”
balas pemuda Muslim tersebut.
Tanpa membuang masa, pemuda Yahudi tersebut menebarkan jalanya
dan mendapat tangkapan yang sangat lumayan.
“Nah, sekarang tiba giliran engkau wahai rakanku..”
kata pemuda Yahudi tersebut.
Sebelum menebarkan jalanya, pemuda Muslim tersebut berzikir
terlebih dahulu kepada Allah s.w.t.
“Subhanallah..”
kata pemuda Muslim tersebut, lantas menebarkan jalanya
ke dalam sungai.
Namun, tiada seekor ikan pun yang melekat pada jalanya.
Pemuda Muslim tersebut tetap tenang.
“Haha.. sekarang tiba giliran aku pula”
kata pemuda Yahudi tersebut berpuas hati.
Pemuda Yahudi tersebut menebarkan jalanya, dan sekali lagi dia
mendapat tangkapan yang besar.
Pemuda Muslim tersebut menebarkan jalanya untuk kali yang kedua.
“Subhanallah..”
selepas mengucapkan tasbih kepada Allah s.w.t., dia menebarkan
jalanya lagi sekali. Namun, sekali lagi tiada seekor ikan pun yang
terperangkap di dalam jalanya.
Peristiwa ini berulang sehingga 3 kali dan mereka pun pulang.
Malaikat yang berada dengan dua pemuda itu semasa kejadian itu
berasa pelik dengan apa yang berlaku, lantas bertanya kepada
Allah s.w.t. mengenai apa yang terjadi.
“Ya Allah, mengapa pemuda Muslim sebentar tadi langsung
tidak mendapat hasil tangkapan, sedangkan dia sentiasa berzikir
kepadaMu sebelum menebarkan jalanya?”
tanya Malaikat tersebut.
Allah s.w.t. menerangkan
“Sesungguhnya Aku suka setiap kali dia berzikir kepadaKu dan
ingin dia mengulangi perbuatan yang sama dan mendengar dia berzikir lagi.
Oleh itu, Aku biarkan jalanya kosong supaya dia menjala dan berzikir lagi..”
“Jadi apakah ganjaran yang didapati oleh hambaMu sebentar
tadi ya Allah?”
tanya Malaikat itu lagi.
Allah s.w.t. menerangkan
“Aku telah sediakan ganjaran yang paling besar untuknya di syurga.
Lebih besar dari tangkapan ikan yang lumayan
dan segala yang ada di dunia ini..”
……………………………………………………………………………………………………………………………….
Semoga Allah s.w.t. memberikan kita kekuatan untuk sentiasa
mengingatiNya di mana sahaja kita berada dan dalam apa jua situasi.
Allah s.w.t adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Setiap perkara
yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Wallahua’alam.

***********************************
Semoga artikel di atas dapat memberikan suatu persepsi yang baru dan menginspirasikan diri kita untuk sentiasa berusaha meraih redho Allah swt. Jangan sesekali kita berputus asa atau melepaskan diri dari tali Allah swt terutama di time2 exam nie (budak2 uia la terutamanya). Ketahuilah, pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa baik mahupun buruk yang menimpa diri kita =)

Buat masa sekarang, jom jihad dalam study kita..chaiyyok2!!!

Friday, December 3, 2010

~keep recite ok~


salam sume..
arini nk straight 2 de point..huhu..
ltey kot loyar buruk all de time..yeke?.hehe..

ok2..nie nk cite ble sy ym dgn A smlm..(lbey kurang la ye..)

A:adik ade kwn rapat x?.
sy:ade je..
A:laki ke perempuan?.
sy:dua2 ade..tp yg laki dh jrg cntact dh..
A:bley tukar x?.
sy:???(tertanya2...nk tukar ape kebenda nie?.)
A:tukar kwn rapat 2 dgn Al-Quran..bley ye?.
sy:hmm..(terkedu)

ehmm..ble pikir2 blik btol la kn..kte sepat0tnye jdkn Al-Quran as our best friend..
kn Al-Quran 2 kn panduan hidup kte..
jgn duk asyik mengadap muvi korea,novel2 cinta, magazine or bku stdy smata2..
sesetgh org..time kcik2 dulu bkn main rjin pi umah tok guru mengaji..
tp bila dh khatam..(pdahal bru skali khatam kot)..trus x hiraukn dh Al-Quran..sdey2..(T_T)


Andai Al-Quran bisa bicara, ia akan berkata:
"waktu kau masih anak2, kau bagai teman sejatiku..dgn wudhu' kau sentuh aku..dalam keadaan suci kau pegang aku..kau baca dgn lirih dan keras..
sekarang kau telah dewasa...nmpaknya kau sudah tidak berminat lg padaku..
apakah aku bacaan yg usang?.
yg tinggal sejarah?.
skrg kau simpan aku rapi..kau biarkan aku sendiri..
aku menjadi kusam dlm almari..
berlapis debu,dimkn kutu..
kumohon peganglah aku kembali..
krn AKU AKAN JD PENERANG DALAM KUBURMU!!!


 




 





Wednesday, December 1, 2010

jom kenali diri..=)

salam sume..
kali nie nk share something..
mengenai rahsia tarikh lahir..sje je tuk suke2..klik di cni

tp kaedah ini adalah satu usaha (ikhtiar) dalam mengenali diri ke arah menjadikan diri kita makhlukNYA yang lebih baik. Jika tafsiran ini secara kebetulan : (kali ini penulisan thp skema tetibe..pliz serius)..wink2..
  • BETUL menyatakan sesuatu yang POSITIF tentang diri anda, janganlah riak, SEBALIKNYA mantapkan/gilaplah lagi.
  • BETUL menyatakan sesuatu yang NEGATIF tentang diri anda pula, janganlah berasa kecewa SEBALIKNYA hindari/perbaikilah.
  • SALAH menyatakan sesuatu yang POSITIF tentang diri anda, maka adalah BAIK JUGA jika anda berusaha bersungguh-sungguh memilikinya. 
  • SALAH menyatakan sesuatu yang NEGATIF tentang diri anda, maka adalah BAIK JUGA jika anda berusaha bersungguh-sungguh menghindarinya.                              

Maksud Al-Quran : Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.Maka manusia yang cuba mengenali dirinya adalah lebih baik daripada sebaliknya.

























p/s: sy lahir ari sabtu..xtaw la sme ke x..kalu mengaku same kn..nnti poyo plak kn?.hehehe..
      kamu ari ape?.^_^