Wednesday, February 2, 2011

TANGKAP IKAN...

salam sume~
tetibe rajin plak arini..kui3..
dicopt paste..(x engt dr mne) tuk panduan dri sendri n others..i.Allah..^_^
………………………………………………………………………………………………………………………….
Pada suatu hari, seorang pemuda Yahudi telah mengajak seorang
rakannya yang Muslim untuk pergi menangkap ikan di sungai dengan
menaiki sebuah sampan.
“Wahai rakanku, mari kita bertanding pada hari ini, siapakah yang
mendapat hasil tangkapan yang lebih besar!”
cabar pemuda Yahudi tadi kepada rakan Muslimnya.
“Baiklah.. Aku kira, lebih sekiranya kau yang mulakan terlebih dahulu..”
balas pemuda Muslim tersebut.
Tanpa membuang masa, pemuda Yahudi tersebut menebarkan jalanya
dan mendapat tangkapan yang sangat lumayan.
“Nah, sekarang tiba giliran engkau wahai rakanku..”
kata pemuda Yahudi tersebut.
Sebelum menebarkan jalanya, pemuda Muslim tersebut berzikir
terlebih dahulu kepada Allah s.w.t.
“Subhanallah..”
kata pemuda Muslim tersebut, lantas menebarkan jalanya
ke dalam sungai.
Namun, tiada seekor ikan pun yang melekat pada jalanya.
Pemuda Muslim tersebut tetap tenang.
“Haha.. sekarang tiba giliran aku pula”
kata pemuda Yahudi tersebut berpuas hati.
Pemuda Yahudi tersebut menebarkan jalanya, dan sekali lagi dia
mendapat tangkapan yang besar.
Pemuda Muslim tersebut menebarkan jalanya untuk kali yang kedua.
“Subhanallah..”
selepas mengucapkan tasbih kepada Allah s.w.t., dia menebarkan
jalanya lagi sekali. Namun, sekali lagi tiada seekor ikan pun yang
terperangkap di dalam jalanya.
Peristiwa ini berulang sehingga 3 kali dan mereka pun pulang.
Malaikat yang berada dengan dua pemuda itu semasa kejadian itu
berasa pelik dengan apa yang berlaku, lantas bertanya kepada
Allah s.w.t. mengenai apa yang terjadi.
“Ya Allah, mengapa pemuda Muslim sebentar tadi langsung
tidak mendapat hasil tangkapan, sedangkan dia sentiasa berzikir
kepadaMu sebelum menebarkan jalanya?”
tanya Malaikat tersebut.
Allah s.w.t. menerangkan
“Sesungguhnya Aku suka setiap kali dia berzikir kepadaKu dan
ingin dia mengulangi perbuatan yang sama dan mendengar dia berzikir lagi.
Oleh itu, Aku biarkan jalanya kosong supaya dia menjala dan berzikir lagi..”
“Jadi apakah ganjaran yang didapati oleh hambaMu sebentar
tadi ya Allah?”
tanya Malaikat itu lagi.
Allah s.w.t. menerangkan
“Aku telah sediakan ganjaran yang paling besar untuknya di syurga.
Lebih besar dari tangkapan ikan yang lumayan
dan segala yang ada di dunia ini..”
……………………………………………………………………………………………………………………………….
Semoga Allah s.w.t. memberikan kita kekuatan untuk sentiasa
mengingatiNya di mana sahaja kita berada dan dalam apa jua situasi.
Allah s.w.t adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Setiap perkara
yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Wallahua’alam.

***********************************
Semoga artikel di atas dapat memberikan suatu persepsi yang baru dan menginspirasikan diri kita untuk sentiasa berusaha meraih redho Allah swt. Jangan sesekali kita berputus asa atau melepaskan diri dari tali Allah swt terutama di time2 exam nie (budak2 uia la terutamanya). Ketahuilah, pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa baik mahupun buruk yang menimpa diri kita =)

Buat masa sekarang, jom jihad dalam study kita..chaiyyok2!!!

renungan CINTA

salam sume~

lmenya dh x update blog nie..bese la kn..org bz..hua3..
best sgttt..smlm pi main bowling lg..hehehe..(x sdar dri lps cuti nie ade exam..hayya..)..yg tmbah syok lg sbb dpt main dgn my bestie..roudhah n rosna..huhu..so kpd yg di luar sana,,plizz jgn jeles ya?.hehe..
yg best lg, sblom tu jumpe dgn classmate time sklh rndh..trputus hbgn jap dulu..pastu jnji nk jumpe lps spm..tp x jd2 jumpe sehingga la pg smlm..^_^..nice meeting walaupon skjp je..

ada someone said sy skrg nie asyik2 post kat fb (especially) sal CINTA..n bce tjuk td sme jgk kn..
tp bese la kn..sume org suke brcakap sal cinta..knp ye?.jwpn ye senang bangat..sbb cinta itu fitrah n setiap individu itu punya definisi cinta trsendri..~ayat skema tetibe..hahaha..

okey..let's back to the topic:





Kepada yg masih SINGLE…

Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .

Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…

Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI…

Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI…

Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI…

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI…

Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye…. .

“Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan
kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita
belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang
lain daripada cinta kita pada yang di Atas dan diri kita sendiri “….