Friday, May 27, 2011

TIPs menjadi SOLEHAH ~~



salam sume~

1. Solat tepat waktu.
  
2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.    
        
3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah,  
    insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  
4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.

5. Bercakap dengan rendah suara.

6. Lembut dan halus tingkahlakunya. 

7. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.

8.  Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  
9.  Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.

10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.

11. Pandai mengambil hati orang tua.

12. Menghormati dan taat ibubapa.

13. Kesayangan keluarga dan tetangga.

14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.

15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.

16. Rambut tak diwarnakan.

17. Banyak dan murah dengan senyuman.
      
18. Banyak mendengar dari bercakap.

19. Senyuman adalah ketawanya.

20. Tidak ketawa terbahak-bahak.

21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.

22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi 
      mengelakkan fitnah.

23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.

24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan 
      kesedihannya.  

25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.

26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.

27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.

28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya. 

29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.

30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain. 

31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga. 

32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.


~muhasabah diri~



Tuesday, May 17, 2011

penat~

salam sume~

rajin bebenor skrg nie sy update blog kn?.hehe..
terasa nak luahkan perasaan sekarang nie..tp xtaw pd siapa yag sudi dgr kn..actually plus malu kalau cite dgn kawan2..huhu..

PENAT..perkataan nie sy dh tulis kat fb 2-3 ari lepas..besides that, perkataan penat masih ade lagi kat status YM..
dan sekarang sy abadikan perkataan nie kat blog plak..hehe..

sy penat bermain dgn permainan hati nie..
ianya datang tanpa diduga..
trus-trusan hadir walau xdipinta..
kdg2 terasa diri nie lemah sgt2..
ya Allah..mampukah sy utk terus brtahan?.

sesungguhnya, penat la main dgn sume nie..
xnak main2 dah..bley x?.
moge Allah permudahkan segalanya..:)



p/s: mengarut selepas seharian penat bekerja..^_^

Monday, May 16, 2011

Pertanyaan Untuk Cinta..

salam sume~
tetibe arini terase nak update blog..huhu..mood epy sebab arini dapat gaji kedua..xdela banyak sangat..tapi boleh la..hehe..
jom kembali berjiwang..;)

"Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.


Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.


Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.


Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.


Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.


Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.


Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.


Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.


Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami ... menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.


Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.


Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.


Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.


Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.



Friday, May 6, 2011

2 weeks~

salam sume~

sesungguhnya sy amat merindui nk coretkn something pd e-diary nie..
dulu time final exam, sy ckp pd diri sendiri..sabar2..tumpu pd exam dulu..pastu time cuti nanti bley la update blog nie hari2..hehe..but now??.
perancangan Allah lain drpd hambaNya..Allah knows what is the best for us...

kali nie nak ceritakn sal pengalaman 2 minggu bekerja di kedai tudung Desa Murni..^_^
Allah permudahkan segalanya..selepas 4 hari balik dr uia..sy berpakat dgn kawan nak pi cari keje..(dalam hati biarlah xdapat..sbb x puas lagi brcuti kan..hehe..)

kteorg brdua pon memulakan misi mencari kerja kat area batu 6..masuk kedai pertama.."Maaf adk..xde keje kosong ye.."(dalam hati epy je..hehe..)
masuk kedai kedua (kedai Desa Murni)..x tanye pon mula2..sebab nampak pekerja die cam dah ramai je..bile keluar je dari kedai tu..kawan saya ternampak iklan kat luar kedai tu..mula2 masuk xnampak pon..hehe..kteorg diminta isi borang n ade interview cket..
akhirnya 23 April 2011 saya memulakan kerja sebagai salah sorang pekerja kat situ...huhu..

1st day kerja start pukul 9.30 sampai pukul 7..(sy x sama shif dengan kawan sy..yg nie x best nie..)
sesungguhnya bekerja amat letih ye..nanti lepas kawin nak jadi suri rumah sepenuh masa jela..hehe..selepas solat isya' sy terus tido..ade la dua 3 hari buat mcm nie..
tp alhamdulillah sekarang dah kembali sperti biasa..:)

antara pengalaman bekerja yang saya dapat selama 2 minggu bekerja:

1) dapat merasai penat lelah orang dewasa nak cari duit..selama nie senang je rase nak dapat duit..tp sekarang dah taw dah camne rasenya membanting tulang 4 kerat nie semata2 nak dapatkan rm1..:)

2) dapat merasa suasana bekerja yang sebenarnya..(dulu kan kerja sehari je jadi promoter..so x dapat rasai sangat suasana tu..hehe..)..sekarang nie siap ade punch card..xley main ncet time kerja..huhu..

3) dapat jumpa macam2 ragam manusia..yang paling best kalau time lelaki yang belikan tudung..hehe..kadang2 lebih cerewet dari perempuan..huhu..yang perempuan xperlu cerita lah..selang dua tiga hari..(dalam hati..eh..bukan ke mak cik@kakak nie dah datang ke dua ari lepas..kui3)

last but not least, syukur alhamdulillah result final exam baru nie lebih baik dari sem lepas..mencapai target yang saya inginkan..^_^

ehmm,,setakat tu jela dulu sy update sal diri ini ye..nak sambung tido balik..huhu..esk keja lagi..x sabar nak cuti..:)

nie bukan kat batu 6 ye..x smpat nak amik pic tempat kerja skrg..huhu..