Tuesday, July 24, 2012

PROMOTE OPTO CKET :)

salam sume..
sy bru siap masukkan.video yg sy buat sal opto dalam youtube..
masukkan dlm tu sbb nk tunjuk kt adk sy yg blaja kt cfs tu..
nak bg kut emel n fb, lama sgt kna tggu..tp msukkan dlm utube pon 2 kali 5 je rasanya =,='

sbb video ini dibuat ialah untuk tunjuk kat adk2 kat sklh lama sy nnti..insyaAllah kalau pnjg umo la :)
nak promote betapa bestnya optometry nie..haha..
nnti mesti org persoal?.xkan la sume best je sal opto nie..
mmg ade kes2 pahit n sdey tu, tp part tu sy cerita len kali ok?.;)

ENJOY THE VIDEO ^^



sy terpaksa stalk beberapa fb classmate sy sbb nak cari gambar2 yg dlm video tu..sori guys n thanx a lot ya :)

any komen sal video nie bley gtaw kt fb :) bley lagi nak ubah video nie..sbb talk tu insyaAllah minggu depan..
jzkk n selamat menjalani ibadah pose ^^

Saturday, July 21, 2012

Thursday, July 12, 2012

ADE BEZA EHK??

salam sume~






CINTA - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


SAYANG - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


SUKA - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


MINAT - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

wallahu a'lam...

Kalau benar cinta, mestilah hendak membawa ke syurgaNya.


(COPY : just 4 share)

Sunday, July 8, 2012

MATA DAN ISLAM

salam sume~

sy terlebih rajin update blog sekarang nie..hehe..
kali nie sy nak share mengenai mata dan Islam..
kalau boleh setiap apa yg kita belajar, kita relatekan dengan Islam..
sbb Islam dah sediakan segalanya untuk kita..tinggal kita je untuk discover..
dan sebenarnya banyak cerita sal mata dalam Islam nie..x percaya?.jom baca cerita kt bawah :)




KERANA SEHELAI BULU MATA

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili.

Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat.

Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit
dan bumi,sungguh tidak benar.

Saya tak pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada.

Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?

Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang,"

Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan selambanya, "Saya yang merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi.

Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi,

"Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.

Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?

Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."


kalau secara teorinya, bulu mata nie menghalang mata kita drpd dimasuki habuk dan bendasing di samping spread the tears and other secretions on the eye surface to keep it moist and masya-Allah bulu mata juga mampu menghalang kita dr api neraka !!

dalam hadis pon ade bercakap mengenai mata jugak..



bahkan dalam al-quran pon ade bercerita pasal mata kerana mata boleh jadi kunci untuk melihat kebesaran Allah namu pada masa yg sama boleh menjadi gerbang maksiat. Oleh itu, Allah berfirman:


“katakanlah kepada orang laki-laki beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan pelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka dan sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat.’ Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (QS.An-Nuur [24]: 30-31).



 p/s: menangis jgn untuk perkara sia2 dan sama-samalah kita menjaga pandangan ^^

Tuesday, July 3, 2012

FITRAH = MOTIVASI


salam sume~

2-3 hari nie sy malas menaip..tp sy rajen blogwalking *wink2*
so kali nie nak share yg sy kira amat menarik..sesuai untuk remaja2 mcm sy nie..chewahh :D
jom baca n hayati ^^





             fitrah itu mampu mencampak anda setinggi langit!


” saya nak tanya sikit. macam mana nak tangani perasaan nak bercinta ni ye.. kahwin lambat lagi, mak saya kata tunggu habis belajar.. saya pun tak fikir pasal kahwin, tapi perasaan ni datang..”
     Seorang sahabat berpangkat adik mengadu rasa baru-baru ini. Saya berfikir sejenak. Soal fitrah, bukan boleh disekat. Itu respon pertama saya.
Sebenarnya, ramai remaja keliru tika didatangi perasaan tersebut. Sebahagian mereka menyalahkan diri sendiri dan berusaha mencampakkan fitrah tersebut jauh-jauh. Fitrah yang mengusik jiwa itu dianggap sebagai parasit yang bisa ‘merosakkan’ cita-cita dan masa depan. Saya kurang bersetuju.
Lalu saya rumuskan satu panduan kepada sahabat tersebut. Soal fitrah sukakan berlainan jantina, itu normal.

      Hadirnya waktu ini, juga suatu yang normal. Yang tidak normal, sukakan sesama jantina. Maka, usah hukum diri sendiri sebaliknya ambillah perasaan tersebut sebagai motivasi.
Ketika anda didatangi perasaan tersebut, anda bayangkan perkahwinan sebagai suatu yang berbaur mustahil. Ini silap. Jangan anggap perkahwinan itu sebagai ‘terlampau jauh’ sehingga anda tidak mahu memikirkannya. Perkahwinan itu soal jodoh, ia kerja mutlak Sang Penguasa ; Allah. Sebagai manusia yang beriman dengan takdir tersebut, kita jahil tentang bila masanya dan siapa orangnya. Maka apa yang ada pada kita adalah usaha. Dan usaha itu, perlu dimulakan dari sekarang.

      Dengan hadirnya perasaan bernama fitrah itu, ubahlah diri dan pemikiran anda untuk maju setapak. Anda bakal bergelar pemimpin kepada sebuah keluarga. Anda bakal naik ke jawatan suami melalui AGM yang dipengerusikan Tok Kadi. Itu suatu benda yang besar. Maka, benda sebesar itu perlukan persiapan dari sekarang. Tak kanlah rancangan kahwin nanti habis belajar, maka berfikir dan bersedia ke arah perkahwinan baru akan bermula selepas habis belajar?

     Tidak. Segalanya bermula di sini dan hari ini. Tingkatkan pengetahuan dan bahan bacaan. Ubah personaliti diri. Bina daya kepimpinan. Maju setapak ke depan dengan berusaha keras menjadi seorang pemuda yang matang. Di samping pengajian di bilik kuliah, pengajian sampingan ke arah Bait Muslim itu perlu turut sama digiatkan.

      Sedar atau tidak, anda sedang bergerak ke arah perkahwinan yang cemerlang. Melalui apa? Melalui tindakan bijak anda meraikan fitrah. Bukan hanyut dalam arus fitnah. Anda tidak akan menjadi seorang yang kuat berangan, leka bermain cinta, termenung siang malam dan hilang fokus pada pelajaran. Semuanya kerana sebuah fitrah yang menyuntik motivasi.

GANGGUAN?

      Kita perlu mengubah minda dan tanggapan kita pada hal ehwal cinta, jodoh dan perkahwinan.
Kalau kita aktif dengan kerja dakwah di kampus, jangan jadikan rak buku kita hanya penuh dengan buku-buku gerakan dakwah tarbiyah semata-mata. Isikan juga dengan bahan bacaan tentang Baitul Muslim. Petua membina rumahtangga bahagia, panduan menangani konflik rumahtangga, pengurusan ekonomi keluarga, persoalan haid, nifas dan istihadhah, kesemuanya adalah bacaan wajib bagi anda. Kenapa perlu ada diskriminasi?

      Ramai orang beranggapan semua perkara berkaitan rumahtangga sewaktu di alam belajar, adalah gangguan kepada pelajaran. Ini silap. Pemikiran sebegini cenderung menjadikan remaja lambat matang dan tidak berjiwa besar. Mereka seolah ‘dilalaikan’ dengan pembelajaran bersijil semata-mata, tanpa dititikberatkan nilai tambah yang lain. Pada mereka, perkahwinan itu lambat lagi. Sekarang fikir belajar dahulu.

      Maka ketika didatangi fitrah dan perasaan inginkan teman hidup, mereka mula menggelabah. Terdesak kerana tidak nampak jalan yang ‘halal’, maka perhubungan jalan belakang menjadi pilihan. Mak ayah tidak tahu dan pembelajaran juga dianggap ‘selamat’. Mabuklah mereka dengan ucapan-ucapan kasih, rindu dan sayang. Lekalah mereka dengan keluar berduaan yang akhirnya menjebakkan diri mereka ke kancah nafsu yang hina lagi menghinakan.

      Dalam masa yang sama, adakah soal menjadi pemimpin kepada keluarga, membina keluarga bahagia dan menuju perkahwinan yang cemerlang menjadi tumpuan dan fokus utama? Tidak. Mereka hanya leka bermain cinta, sedikit pun tiada suntikan motivasi.
Sebahagian besarnya tewas di tengah jalan, lantas menanggung penyesalan yang tidak berkesudahan.

MULIA

      Ingatlah teman. Fitrah itu tidak pernah menjadikan anda hina. Fitrah itu secara dasarnya bertujuan untuk memuliakan anda sebagai anak adam.
Firman Allah ta’ala : ” Dan sesungguhnya telah kami muliakan Bani Adam..”
Tilik kembali ke dalam diri anda. Jika perkahwinan itu masih jauh dari perancangan anda, saya tidak mengajak anda supaya menjadikannya lebih cepat. Saya cuma mengajak anda mengubah cara fikir, dengan menjadikan perkahwinan itu sebagai suatu yang sedang mampir. Bererti, anda sedang menuju ke arahnya.
Maka, jika anda sedar hakikat tersebut, anda akan terus berusaha dari sekarang.


Contoh :
3 tahun lagi untuk berkahwin. Maka dalam buku perancangan anda, segera ditulis. Tahun pertama, ingin hadam buku motivasi berkaitan nilai komunikasi positif dalam rumahtangga. Juga buku penting berjudul ‘Men Are From Mars, Women Are From Venus’. Tahun kedua pula, kajian tentang pengurusan ekonomi keluarga beserta elemen tarbiyah asas suami dan isteri. Tahun ketiga pula, kitab Tarbiyatul Awlad ( Pendidikan Anak-anak ) akan diperhalusi dengan teliti.
Melihat kembali apa yang anda tulis, anda akan dapati bahawa masa yang anda ada sangat singkat!
Tidak ada banyak masa untuk masih leka dengan dunia ‘ulala’ budak-budak muda. Tidak banyak masa untuk membaca komik dan bermain games. Tidak ada banyak masa untuk mengorat si Timah dan si Minah. Tidak ada banyak masa untuk melayan perasaan syok kepada pelakon drama Korea!

MOTIVASI

Percayalah, anda akan berubah menjadi seorang yang penuh dengan motivasi dan ‘mimpi-mimpi’ yang bersedia untuk dijadikan realiti. Anda beruntung jika masih muda dan perkahwinan masih jauh dalam perancangan anda, kerana anda akan punya banyak masa untuk bersedia.

Jika anda sedar dan faham apa yang cuba saya sampaikan dalam entri ini, maka jangan ragu-ragu untuk berubah.

Asingkan diri anda dari kehidupan ‘biasa’ orang-orang bujang, kepada kehidupan ‘luar biasa’ orang-orang bujang.

Anda akan menjadi orang bujang yang rajin, kemas, matang dan positif sebagai ganti kepada orang bujang yang pemalas, selekeh, kebudak-budakan dan negatif.

InsyaAllah, jika anda sanggup mengambil fitrah itu sebagai Motivasi.

Sekian.

http://www.myilham.com/blog/2011/07/fitrah-yang-menyuntik-motivasi/

Monday, July 2, 2012

salam sume~

mood: majlis kawen Irma Hasmie n Rezza Shah Azmeer <3








p/s: gambar mane paling comey?. :D