sy terlebih rajin update blog sekarang nie..hehe..
kali nie sy nak share mengenai mata dan Islam..
kalau boleh setiap apa yg kita belajar, kita relatekan dengan Islam..
sbb Islam dah sediakan segalanya untuk kita..tinggal kita je untuk discover..
dan sebenarnya banyak cerita sal mata dalam Islam nie..x percaya?.jom baca cerita kt bawah :)
KERANA SEHELAI BULU MATA
Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili.
Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat.
Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit
dan bumi,sungguh tidak benar.
Saya tak pernah malakukan perkara itu..."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada.
Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?
Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....."
Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang,"
Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan selambanya, "Saya yang merayu"
Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"
"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat.
Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi.
Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..
Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.
Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi,
"Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."
Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"
"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.
Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?
Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan."
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
kalau secara teorinya, bulu mata nie menghalang mata kita drpd dimasuki habuk dan bendasing di samping spread the tears and other secretions on the eye surface to keep it moist and masya-Allah bulu mata juga mampu menghalang kita dr api neraka !!
dalam hadis pon ade bercakap mengenai mata jugak..
bahkan dalam al-quran pon ade bercerita pasal mata kerana mata boleh jadi kunci untuk melihat kebesaran Allah namu pada masa yg sama boleh menjadi gerbang maksiat. Oleh itu, Allah berfirman:
“katakanlah kepada orang laki-laki beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan pelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka dan sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat.’ Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (QS.An-Nuur [24]: 30-31).
p/s: menangis jgn untuk perkara sia2 dan sama-samalah kita menjaga pandangan ^^
No comments:
Post a Comment