Friday, July 15, 2011

sifat-sifat CINTA~


salam sume~



Apakah itu cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. Untuk mengetahui dengan lebih dekat, kita perlulah tahu sifat - sifat cinta :

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke
dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari
cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya
setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta
itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci
murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan
manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia
menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan
dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk
dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang
dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan
cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik
malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari
diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang
dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai
dan secucuk dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal
balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi
juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya
khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain.
Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi, dalam pada
ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu
siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh
jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu
apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu
akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh
layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar
cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang,
benci, cemburu, gembira, sedih, tenang,tertekan ,ketawa dan menangis.
Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang
berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup
walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta
bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan
cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa
Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka
yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang
tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempersona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta
itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagai-
mana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum
pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya
comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat
cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila
bercinta. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya mempersonakannya
dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan
menodai cinta itu sendiri.

Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak boleh dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.


.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu, apakah yang tinggal pada anda?
Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab -


Sumber: Sifat - Sifat Cinta | Aku ISLAM http://akuislam.com/blog/renungan/sifat-sifat-cinta/#ixzz1SE43nCu9



11 jenis manusia didoa Malaikat~

salam sume~

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
Tidur Bareng Cat 300x225 11 Jenis Manusia Didoa Malaikat
tidur
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

aprisonyang tidur dan yang khusuk saat ceramah ramadhan 475 l 300x225 11 Jenis Manusia Didoa Malaikat
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’” 
45aMosqueInxo 300x176 11 Jenis Manusia Didoa Malaikat
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh".

Tuesday, July 12, 2011

~unTaian mAdah pUjaNggA~

salam sume~
kali nie nak post ayat2 jiwang..hehe..
ayat2 nie mostly sy penah tulis kat fb..sje je wat kenangan dlm blog plak..huhu..;)






Tidak perlulah dia itu Huffaz kerana saya pun bukanlah seoarang hafizah,tak perlulah semestinya dia seorang doktor atau jurutera kerana saya bukanlah yang bijaksana,cukup kita mohon yang sekufu iman dengan kita~


Don’t be too hurry in love, find a companion who can guide you not only in Dunya, but in akhirah. Who can pick you up when you fall, who can remind you when you forget, love you with all his might, someone that will hold your hands through thick and thin & lead you to the Jannah.. ♥


♥ Saya rasa awak suka saya
♥ Saya pun rasa saya suka awak
♥ Tapi saya taknak kita jadi macam orang lain
♥ Saya nak berkat Allah
♥ Biarlah awak fikir saya sombong taknak layan awak
♥ Biarlah apa pun orang nak cakap
♥ Cuma kalau satu hari nanti awak rasa saya layak jadi ibu kepada anak awak
♥ Jumpalah mak ayah saya
♥ Kita bercinta lepas nikah ~ ♥ ~



Jika hatimu seputih awan ♥ Jangan biarkan ia mendung

Jika hatimu sejernih air ♥ Jangan biarkan ia keruh

Jika hatimu seindah bulan ♥ Hiasi ia dengan iman

Jika hatimu gundah ♥ Hibur dia dengan zikir

Jika hatimu luka ♥ Obati dengan sedekah dan doa

Jika hatimu terusik ♥ Hibur dia dengan kasih sayangmu

Jika hatimu tersiksa ♥ Bebaskan dia dengan Tawakkalmu



Ramai yang berkata, apabila bercinta selalunya gusi lebih lembut daripada lidah. ^_^. Apapun, cinta itu fitrah dan tiada hukum yang tepat untuk menghakimi cinta. Namun, manusia harus bijak membimbing cinta agar tidak tersasar daripada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Cinta paling agung adalah cinta hamba kepada Tuhannya dan cinta Tuhan pada hamba-Nya :)


..... (¯`v´¯)♥ Maafkan bila ku tak SEMPURNA,
.......•.¸.•´ Cinta ini tak mungkin ku cegah,
....¸.•´ Ayat-ayat cinta bercerita Cintaku padamu,
... ( Bila bahagia mulai menyentuh,
☻/ Seakan ku bisa hidup lebih lama,
/▌♥♥ Namun harus ku tinggalkan cinta
/ \ ♥♥ Ketika ku BERSUJUD.. ♥♥♥



husband to his wife:
I want you to say :" I love you", In front of the whole world.
wife: approached her beloved husband, and whispered in his ear
" I love you ..."
husband, turned to her and said sadly :" Why you did not say it to the whole world?"
wife said:
"Because you are the whole world to me." ....♥ ^_^
(nk ckp mcm nie jgk la ble dh kwin nnti..hehehe..)



Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditnya tntg wanita t'baik.
Dia m'jwb :
-Jika wanita solehah dan beragama = 1
-Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
-Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
-Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lg 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada..maka..tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"



hukum cinta-
Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.
~iluvislam~

so jgn la sesuke ati je ucap "aku cinta padamu" kpd mereka yg bkn sepatutnya kerana sesungguhnya
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji..(mahar cinta_devotees)



‎~•♥•~•♥•~
Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya. Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika dirasakan memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah menghulurkan doa dan munajat buat mereka ! ^_^



‎~•♥•~•♥•~
♥ tak perlu layaknya dongeng....
"pangeran menjemput sang putri dgn kereta kencanaNya."

♥ tak perlu lah seperti kisah romeo dan juliet.
..."yg berani mati hanya dengan mengatas namakan cinta semua makhluk-Nya."

Cukuplah ia.......

♥ "seekor LEBAH....
yg sentiasa memuji keagungan-Nya.
memasuki taman larangan dgn sopan santunnya.
dan bertemu dgn mawar berduri yg terjaga oleh tuannya...:)

~•♥•~•♥•~



Akan terbit rasa cinta bila mata bertemu mata. Akan terbit rasa sayang bila
hati bertemu hati. Akan terasa kebesaran-NYA bila dahi bertemu sejadah.



ya Allah jika aku bukan pemilik tulang rusuknya..

jangan biarkan aku merindukan kehadirannya..

jangan biarkan aku melabuhkan hatiku dihatinya..

kikiskanlah pesonanya dari pelupuk mataku..

Dan jauhkanlah dirinya dari relung hatiku ini..
Amin ya rabbal alamin...~



·Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat
menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan
dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu
tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap
menjadi cerah.·



Kalau sayang,
sebut. tunjuk. buktikan.
Takut nanti terlambat. tak sempat.
diri sendiri juga dalam kerugian...
[Hilal Asyraf]





WaRnA-wArNi pElaNgi~

salam sume~
mood:lagu insyaAllah by Maher Zain..(^_^)

miss my blog yg kiut nie sgt2..(syok sendiri cket2 xpe kn?.huhu..)
byk sgt idea dlm otak kepala nie..cume tak trcurah je lagi..hehe..sibuk dengan kerja kt desa murni plus dgn masalah2 sekeliling..menuntut pengorbanan masa dan tenaga yg lebih dr sy..namun sy begitu kagum dgn sorg sahabat yg amat komited dgn blognya..really respect dgn die ditambah lagi ayat2 dalam blog die..wahh..mantap la..bgga sy ade shbt sepertinya..:)

SETELAH TURUNNYA HUJAN GERIMIS ,PASTI AKAN MUNCUL SINAR PELANGI..^_^


i really love this quote very much..
sgt rapat dgn diri sy kerana kata2 nie mmg dh trbukti kebenarannya..



alhamdulillah selama 2 dekad Allah kurniakan kehidupan nie pd sy..mcm2 peristiwa yg sy alami yg menyedarkan sy bahawa Allah pasti akan kirimkan pelangi tuk saya di saat sy hampir jatuh trsungkur ketika awan memuntahkan hujannya yg begitu lebat..:)

antara peristiwa yang begitu memberi kesan kpd sy ialah ketika zaman asasi uia..tp sumenya bermula di saat sy menerima keputusan SPM..alhamdulillah keputusan sy agak memberangsangkan namun begitu keputusan tersebut bukanlah seperti yg diharapkn..ketika tu trase sgt down namun sy tringat kte2 shbt yg kte ptot bersyukur dgn jumlah A yg kte dpt dan bukannya menangisi jumlah A yg x mampu kte cpai..dgn2 kte tersebut sy meneruskan pembelajaran di asasi uia..terase seperti zaman asasi ialah zaman kegelapan sy..huhu..result sy agak teruk walaupon sy rse sy dh berusaha sehabis baik..namun mungkin usaha sy masih tidak mencukupi pd pandangan Allah..dan Allah uji sy sehingga sy tamat belajar di sana..hannye rumet n kluarga sy taw keadaan sy yg sebenar di sana...dan alhamdulillah kini pelangi sedang melatari kehidupan baru sy di main campus walaupon kadang-kala mendung dan guruh datang menyapa..sesungguhnya aku sentiasa memerlukan hidayah dariMu ya Allah..subhanaAllah..:)

peristiwa yg bru berlaku ialah sal kerja sy di desa murni..mengikut perancangan awal..sy ingin bekerja part time di taska..kerana sy tringin sgt nk main dgn budak2..adk2 sy sume dh besar dh..huhu..namun Allah sediakan yg lbey baik tuk hambaNya..sy trus diambil bekerja oleh desa murni setelah diinterview..n alhamdulillah Allah makbulkan impian hati sy utk bermain dgn kanak2..iaitu bermain dgn anak2 customer..sementara si ibu mencari tudung, sy amik la peluang beramah mesra dgn anak2 dieorg..hehe..penah main dgn budak2 yg brumur 1,2 thun n lbey dan penah jugak memegang baby yg bru brusia 2 bulan..best2..subhanaAllah..Allah jua sebaik2 perancang..:)

peristiwa yg terkini ialah kejadian jatuh tangga kat tempat kerja baru2 nie..hehe..ade org tnye..ade hikmah ke jatuh tgga?.bkn dpt sakit xpon dapat malu je ke?.huhu..jom kite lihat dr sudut berbeza..anatara hikmahnya ialah memberi ibrah pd sy..len kali kena hati2 ble turun tgga..lagi bgus kalau jln catwalk..(gurau2 je..hehe..)dan hikmah paling penting bg sy ialah sy dpt cuti..hehehe..penat kerja so ble sakit nie bley la manjakan badan skali-skali..huhu..;)

ngantok dh nie..esk kerja lagi..^_^



p/s:teringin nk cite sal life BUDAK OPTO..ble la ye agak2nya?.huhu..

Saturday, July 2, 2011

Sepucuk Surat dari Fatima ~


Salam sume~




Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengah hari, pejuang mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat melalui sepucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahiddin mengambil tindakan.

Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan (oleh darah), baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentara pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri.

Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.

Surat Fatima

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.” [Qur’an, Surat 112 “al-Ikhlas”]

Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesadaran di dalam hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan b@bi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.

Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompt oleh para haiwan dan b@bi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana. Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib.

Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang.

Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentara telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun!

Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!]

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahiddin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.

Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut.

Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui.

Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam halaman web Ansar dengan menulis:

“Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenarnya. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku.”

Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini. Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq, tetapi tidak dipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka?

Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh, seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, “Wa Mu’atasima”, dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata:

“Kepada anjing Rome, saya akan datang kepada kamu dengan tentara-tentara kami di mana barisan hadapannya berada di pintu-pintu kami dan barisan belakangnya berada di sini.”

Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda.
video