Pasir pantai berwarna-warni

Berlawanan dengan pantai yang biasanya berwarna putih, pasir di pantai ini berwarna hitam. Pantai Panalu-u, yang terletak di Hawaii, Lautan Pasifik ini berwarna hitam yang merupakan pecahan batu-batu volkanik, yang terendap sebagai lava dan kemudian menjadi sejuk ketika bertemu air lautan.

Pantai dengan pasir hijau ? Masih dikawasan pasifik juga, inilah Pantai Pappakolea. Pulau-pulau di kawasan Pasifik memang terbentuk akibat aktiviti volkanik, dan tak hairan jika batu dan pasirnya pun berwarna unik. Pasir ini merupakan kristal olivin yang dihasilkan dari gunung berapi.

Pantai Khaya-lulu, atau pantai pasir merah, juga berada di Hawaii.
Subhanallah, ini juga menunjukkan mala petaka gunung berapi sebenarnya mempunyai hikmahnya tersendiri.
No comments:
Post a Comment