Sunday, June 26, 2011

luahan hati~

salam sume~

lmenya x update blog..walaupon ade je entry yg sy post tp mostly sumenya sy main copy paste je..hehe..
sbb tujuan utama sy buat blog nie pon sy nak tulis sal diri sy n nak share ape2 maklumat yang sy jumpe sme ade through blogwalking mahupon facebook..(tetibe trase menjadi budak skema..hehe..

walaupon hari ini rse letih sangat mengemas baju melayu kat desa murni tu..tp apabila bukak fb td..sy terjumpe video nie..



video nie dah acap kali dah tgk..n setiap kali tgk mesti akan menitis air mata nie..(feeling cket je..huhu..)
so kali nie sy nak abadikan video nie dalam blog sy lah..
juz wondering how sweet dis couple..n klau kte perasan kan..first2 video nie die tunjuk yag dieorg bru je kawen..xde cintan-cintun sebelum kawen kn?
so moral value kat sini ialah bercinta lepas kawin tulah yag paling manis..same2 berjanji setia lpas kawin n dieorang buktikannya..sampai ke akhir hayat..T_T
tp remaja zaman sekarang..sebelum kawin mcm2 dh berjanji..i love u baby..i love u honey..n ade tu dah siap tukar panggilan masing2 dgn papa n mama..wahh..jauhnya memasang angan2..
sedangkan dieorg xtaw pon mcm mane perancangan Allah tuk dieorg..

".......Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........."
(al-Baqarah:216)

~peringatan tuk diri sendiri jgk~
ngantok dah..zzZZz

Wednesday, June 22, 2011

Ramai wanita bertanya dan seorang lelaki menjawab~

salam sume~



Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
  1. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
  2. “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
  3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
  4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
  5. Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
  6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
  7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
  1. “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
  2. “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
  3. “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
  4. “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
  5. “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
  6. “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
  7. “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
    “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
    Lantas, wanita-wanita tadi menangis dan berkata;
    “MasyaAllah, demikian sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu.
Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti!

10 air terjun tercantik di dunia - Ciptaan Allah

salam sume~
Mari kita cuci mata kita dengan melihat air terjun yang tercantik sekali di dunia. Indahnya ciptaan Tuhan.

1. Plitvices Lakes - Crotia

  • air berwarna turquoise, campuran unik daripada mineral dan organisma
  • cuaca hangat dan cerah dari Mei hingga September

2. Niagara Falls - New York and Canada

  • air terjun yang paling deras di Amerika Utara, Niagara melintasisempadan antarabangsa antara Kanada dan Amerika Syarikat
  • dibahagikan kepada tiga - 167-kaki-tinggi American Falls,181-kaki-tinggi Bridal Veil Falls terletak di AS, dan158-kaki-tinggi Horseshoe Falls di Kanada
  • pengunjung dilengkapi dengan baju hujan untuk mengelakkan diri mereka terkena tempias

3. Iguazu Falls - Argentina

  • 275 air terjun hampir sepanjang dua batu
  • Salah satu bahagian yang paling popular adalah Devil'sThroat, air terjun berbentuk ladam kuda itu 269 kaki lebar dan2,300 kaki panjang

4. Hanakapi'ai Falls - Kauai, Hawaii

  • cahaya matahari biasanya agak panas di sini

5. Yosemite Falls - California

  • air terjun tiga tingkat setinggi 2.425 meter
  • air terjun kelihatan paling menakjubkan ketika musim dinginketika ais sedang mencair

6. Victoria Falls - Zimbabwe and Zambia


  • Melebihi dua kali ganda lebih tinggi Niagara Falls
  • pada cuaca yang baik anda boleh melihat semburan air terjun sejauh 30 batu

7. Sutherland Falls - New Zealand

  • setinggi 1.904 kaki

8. Gullfoss Falls - Iceland

  • boleh menyemburkan air sehingga 230 meter

9. Angel Falls - Venezuela

  • air terjun tertinggi di dunia pada 3.211 kaki
  • aliran air terjun terderas pada bulan Julai hingga November

10. Langfoss Waterfalls - Norway

  • air terjun terbesar di Norway
  • ketinggian 2.008 kaki dan lebar 205 kaki
  • salah satu daripada beberapa air terjun di Norway yang belumpernah dijanakan tenaga hidroelektrik

Friday, June 17, 2011

Dalam Sujud Terakhirku~

salam sume~


Ya Allah
Dalam sujud terakhirku
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku
Biar tenggelam segala kejahilanku..

Ya Rabbi
Dalam sujud terakhirku
Ku menangis sejadi-jadinya
Biar kering air mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang..

Ya Rahman
Dalam sujud terakhirku
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...

Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama-Mu dan kekuasaanMu..
Peliharalah diri dan hatiku
Agar ia mampu membesar dengan baik
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..

Ya Rahim
Dalam sujud terakhirku
Biarkan daku patah dalam cahaya-Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu

Ya Allah..
Aku akui keagungan-Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan-Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada-Mu..

Ya Malik..
Daku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada-Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus-Mu..

Ya Allah Hanya kepada-Mu lah terletaknya harapanku
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta
Sesungguhnya daku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada-Nya jualah daku pasti kembali..

Saturday, June 4, 2011

~KeTiKa CiNtA MeNYaPa~


Cinta tak berwujud,
Namun dia menguasai hidup
Siang menjadi malam,dan malam menjelma kenangan
Tatkala hati tersentuh cinta,
Cinta tidak berwarna, Tetapi dia bernuansa biru di kalbu
Merah merona dibibir yang bergetar oleh hasrat Cinta
Cinta tak beraroma
Namun dia mewangi bagai sejuta kuntum mawar ditaman hati
Semerbak harumnya membuai mimpi-mimpi indah
Disepanjang hari
Memberi semangat jiwa yang tiada lelah mengejarnya
Wahai sang maha pencipta,
Indahnya cinta adalah karunia-Mu
Tatkala dua hati terpaut menjadi satu memuja-Mu
Wahai sang Maha Kuasa
Satukanlah dua hati hamba-hamba-Mu yang dibuai cinta
Ajarilah hamba bahasa cintaMu yang tulus dan kudus
Berilah makna CintaMu yang damai dan penuh kasih
Bersemi disepanjang musim tanpa pupus
Sesungguhnya engkaulah Dewa Cinta
Yang menguasai kerajaan cinta yang abadi
Bawalah hamba kedalam lembah cinta-Mu
Nan indah tiada tara, dan izinkanlah hamba
Memasuki mahligai cinta-Mu
Menikmati manisnya Anggur Kasih-Mu
sebagai pembasuh jiwa
Berselimut sutra nan lembut,Dalam lindungan kasih
Dan sayang-Mu
Jadikanlah kami pemuja Cinta, yang berjalan diatas
Jalan kasih-Mu 

" Ya Allah teguhkanlah hati ini hanya untuk-Mu dan Rasul-Mu  dan kurniakanlah hamba-Mu ini cinta,hanya kerana mengharapkan redha-Mu…"
p/s: alhamdulillah selamat pi n blik dr kenduri umah k.alang..;) 

Thursday, June 2, 2011

barakallahulakuma~

salam sume~

pejam celik pejam bukak..x sangka dah sebulan sy bekerja rupanya..alhamdulillah gaji pon dah dapat untuk kali ketiga..walaupon sedikit tapi alhamdulillah rezeki semuanya datang dariNya..^_^

setakat nie kalau nak dihitung mmg xdapat dihitung pelbagai pengalaman yang saya dapat sepanjang sebulan bekerja..honestly ade yang manis walaupon yang pasti ade terselit sedikit yang pahit..secara peribadi bekerja nie membuatkan diri nie terasa sedikit matang..(masuk lif tekan sendiri tol la..hehe..)

bercakap sal matang..saya pon sendiri xtaw definisi matang tu..huhu..mostly org cakap muka saya nie nampak matang tapi alahai bile dah kenal betol2 perangai macam budak2..dieorg cakap la..tp btol la jugak kot..i'm still 19..muda lg taw..huhu..

alhamdulillah arini merupakan hari yang gembira setelah semalaman penat berendam air mata..huhu..arini sy mendapat gaji yang ketiga n sy dapat cuti tuk hari sabtu nie..so boleh la nak pi makan nasi minyak kat umah kak alang (kakah JIA Sakinah saya)..minggu lepas dah pi singgah umah kak sham(rumet kat uia) yang akan kawin ari ahad nie..sdey giler sebab xley tengok die kawin sebab bos susah cket nak bagi pekerja die cuti lame2 time cuti sekolah nie..mmg time cuti sekolah nie x cukup tangan rase melayan kerenah customer..huhu..



tp nasib baik dapat cuti hari sabtu nie n moge Allah permudahkan segalanya untuk ke rumah k.alang nanti..;)
SELAMAT PENGANTIN BARU khas tuk kak alang n kak sham..barakallahulakuma dgn pasangan masing2..moge bahagia hingga ke syurga n moge cepat2 dapat baby sebab saya dah x sabar nk dapat anak buah..huhu..





p/s:dulu selalu teman mak je pi kenduri kawin..sekarang sy pi kenduri kawan2 sendiri..dh besar dh rupanya diriku nie..hua3..;)